Ibu bapa, jurulatih ada peranan 

Kejayaan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan usaha dan perancangan persatuan hoki ibu kota itu wajar dicontohi dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi. 

Ini jelas seperti mana dinyatakan pengurus Kuala Lumpur, Ali Sulaiman bahawa kejayaan yang dicapai itu bukan datang dengan mudah sebaliknya ia hasil kerjasama dan kerja keras banyak pihak termasuk ibu bapa, jurulatih dan komitmen pemain itu sendiri. 

“Walaupun pemain hanya dapat dikumpulkan dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan tetapi sebenarnya mereka sudah membuat persiapan latihan lebih awal lagi dengan dipantau pegawai persatuan. Ini membolehkan prestasi pemain dapat dikekalkan di tahap yang baik,” katanya.